Tuesday, August 30, 2011

Mulut manusia..

Kalau dulu soalan mereka..

Da cukup ke duit nak kawen ni?
Kahwin ni byk pakai duit.. Mampu ke?
Lps kahwin lg byk nk kena byr..

Semua tentang duit!

Tapi sekarang persoalan mereka..

Kenapa awal sgt kahwin?
Kenapa tak tggu kakak?
Tak saba la tu nk kahwin?
Kenapa tak gabung?

Persoalan demi persoalan..
Yang sama di tanyakan.
Yang da tak larat telinga ni nk dengar.
Yang da tak larat mulut ni nk jawab.
Yang da tak larat hati ni nk rasa sakit.

Kenapa aku kahwin awal?

Perlu ke bercinta smpi 7-8 tahun baru nk bernikah?
Apa satu thn tu tk cukup utk kita kenal hati budi seseorang tu?
Tak bermakna kita kenal dia 7-8 thn, perangai yg sama kita akan hadap slps kahwin.
Lagi lama bercinta lagi byk abah kena tanggung dosa.
Jujur, aku bukan org yang kuat iman nya yg mana bila keluar tk berpegang tangan.
Pastu nanti ada la mulut manusia berbunyi "Nanti jiran kata apa pulak, duk usung anak dara org lama-lama tp tk bernikah pun"

Boleh dikatakan, jarak perkahwinan abang, Imah n Kak ikin tak jauh.
Abg akan kahwin hujung bulan Oktober ni InshaAllah.
Kak ikin bertunang bulan December katanya.
WAJIB kah aku tggu kak Ikin utk berkahwin dulu, baru sampai masa utk aku bernikah?
Bila duit da ada dlm tangan, semakin byk hutang bulanan yg perlu dilangsaikan.
Jadi, lebih baik bernikah dulu, dan tanggungan bulanan akan berkurang sedikit InshaAllah.
Ini tak, setiap minggu nk jumpa, mesti akan spend duit + minyak.
Orang kata "tak payahla jumpa. Setiap minggu nk jumpa, buat apa ntah"
Pastu nk biar weekend aku mkn sedap ngan familiy, dia mkn lauk kedai je?! Sorg-sorg?!

Pernah tanya pd abg dan kak ikin, nk gabung tak?
Jawapan mereka TAK!
So jalan je la. Buat je la majlis yg besederhana.

Alasan demi alasan perlu aku cari utk jwb pertanyaan mereka.
Penat nk hadap da. Apa yg boleh mama kata, "Sian Imah. Xpe, mama faham."

Bagi aku LANTAK manusia lain nk kata apa.

Tapi apa yg aku tau,
Aku syg dia.
Aku tanak dia rasa sunyi dalam hidup dia.
Aku nk makan minum pakaian dia terjaga.
Tak perlu kejut pagi-pagi melalui telefon. Senang klau dia tak bgn gak simbah ngan air je trus.
Takde risau pk dia lmbt masuk kerja.
Aku nk mengharungi hidup bersama org yg aku sayang dgn ikatan yang sah dan halal.
Ada nmpk jalan lain ke selain dengan perkahwinan?

Perlu ke aku minta izin dr setiap umat manusia untuk kami bernikah?
Cukup lah kalau dpt restu dr mama abah, keluarga kami sendiri.

Faham kalau ada yg tak dpt hadirkan diri disebabkan tarikh yg dipilih tu tak bersesuaian. Tetapi apa yg penting, restu dr mereka walaupun dari jauh..

Saturday, August 27, 2011

SAME SHIT, Different Day..

Mmg f*** lah!
Benda yg sama..
Da bgtau mama..
In the end benda yg sama cani gak jadik..

Tak yah tulis benda yg sama kot!
Bole tgk sini je.

Ya Allah.
Kuatkan hati hamba-Mu ini..

Thursday, August 25, 2011

Rambut?

why the hell my hair cannot stay like this.
I think i only have 30% of this hair.
Yg lain semua maggi dan kembang. KAN?
Aaaahh~!!

Source: http://bride2be.tumblr.com/

Thursday, August 18, 2011

4 months left..

Yup, seperti yang tertera.
4 month 2 weeks & 6 days until my wedding day.
Tak lama da kot naa..
Tp rasa mcm lama je lagi..

Preparation?
INI BUKAN BLOG B2B mcm blog Mali.
Tp ni blog suka hati nk apdet bila.
Hehee.. So tkkn ada preparation satu persatu yg da siap.
Cuma rs nk apdet, akan di apdet..

Last July hari tu da booking utk Pelamin & Baju + Mekap kat satu butik Taman Melawati.
Juju n wawa teman kitorg p. Memandangkan ms tu br balik dr Bangkok, so mls masuk keje p jln-jln cari pelamin. Tah kenapa p kata Ya pulak ms nk booking.
Mgkn ada lagi yg lg murah dan senagkatan dgn dia punya pelamin dan baju.
Anyhow, tp ok je cuma rasa tk pernah nk spent duit byk tu so pk byk kali ms nk sign the agreement.

Pelamin - done
Baju sanding + Mekap - done
Dewan - done
Kad kahwin - OTW
Doorgift - da tau mana just tggu ms nk serbu kedai
photog - haven't decide yet
catering - waiting for mama to decide
what else?

Tetibe teringat henna!
Ramai suggest cousins/family yg buatkan.
Mmg la FOC tapi tk rasa ke mcm susahkan? Lagi byk benda nk kena setelkan the day before the wedding, tetibe kena duduk sekejap utk buat inai dan design.
So i found this website, and her henna pretty amazing.

Yadda yadda yaddaa... pap! da bank in deposit kat dia.


Kalau mama tau mesti bising. Kalau kaklong tau pun mesti tanya np tk suh kaklong ke.
Wedding imah 1st week buka sekolah. Semua org bizi gila masa tu.
Semua org ada hal masing-masing yg nk setel dulu.
Imah tnk menambahkan lagi beban/kerja kat korg.
So i chose to hire someone yang mmg pakar dlm ni.

Ada org yg suke DIY semua, and everything turn up OK dan cantik.
Ada org yg suka DIY semua, tp in the end messy and very last minute.

I am the second one.
Buat kerja last minit dan hasilnya sendiri tk puas hati.

So why don't we pay to get better result.
As long as we afford to pay them..

Mcm pelamin tunang hari tu, mama bersungguh nk buat je susun sendiri.
Mmg senang, mmg tk costing sgt tp leceh.
Sp je yg nk bantu mama utk susahkan diri buat semua tu.
Lebih mudah kalau org tu dtg rumah pasang, pastu habis event cabut balik.
Kita tak penat, brg pun tk bersepah kat rumah.

Tapi semua org ada cara masing-masing kan?
Jadi, ikut suka lah.

:p

Monday, August 15, 2011

Berbuka Puasa bersama mereka!

Jumaat lepas, 12/8 p Cyberjaya.
Tetibe rindu pulak nk buka ngan geng mmu dulu.
Seperti biasa, bilik wawa la yang akan menjadi mangsa malam tu!

Gerak dr ofis da mula hujan rintik-rintik.
Tak sangka pulak hujan nk turun selebat-lebatnya.
Dah ler diri ini penakut nk drive waktu hujan.
Ini smpi tk nmpk jalan, mulut duk terkumat-kamit berzikir.
Duduk mmg tk sandar dah la.

Tapi akhirnya, smpi juga di kampus.
Tu pun bole sesat jugak lagi.
Tah bp lama study sn pun bole sesat gak.
HAHA!

Ptg p bazar ramadhan Putrajaya.
Konon-konon nk mengenang zaman belaja dulu la.
Hihi.. Tp dlm keadaan hujan, men sebat je beli apa.
Kesudahannya beli nasi ayam tak enak!

Oh!
Kami berbuka di Masjid Besi, Putrajaya.
Agak segan la jugak org lain dtg tgn kosong, kitorg bwk berplastik-plastik beg.
Tetibe ada makcik dr mana p teguq "Ni nak mkn kenduri ke buaka puasa ni?"
Oh mai.. makcik buat tak nmpk sudey..
Perlu ke tegur kami??
Dah ler segan org lain pakai baju kurung tudung labuh.
>.<"

Masjid tu cantik.
Open air, memandangkan tgh hujan mmg sejuk masa solat.
Terawih pun tenang tp sbb perut lps cibi jd tk bp nk tenang la kan. :(

Mekasih kat Mali sbb aplod pic di fesbuk.
^_^

Teringat sblm ni kalau mintak nk p cyber, mesti abah tk bagi.
Mesti abah bertukar suara.
Mcm kali ni pun, last minit tepon abh kata nk p jugak, sbb mngkn melalui phone kita tk nmpk muka abah so bole berkeras. Selalu klau minta izin sambil pndg muka abh mesti tk jd p.
Tp ptg tu hujan lebat gila, da pk dlm otak da ni klau jd ape-ape kat aku, mati dlm keadaan tk direstui abah ke.

Alhamdulillah tk jadi apa-apa.
Tp aku bersyukur gak, sbb berkeras nk p.

Kalau tak..
Bila lagi nk naik keta berhimpit 6 ketul.
Bila lagi nk p bazar ramadhan putrajaya 6 ketul.
Bila lagi nk p lepak mamak smpi tgh mlm 6 ketul.
Bila lagi nk sahur kat kampus mmu tu 6 ketul.
Bila lagi nk tdo berhimpit 6 ketul.

Mali yg da jadi isteri orang pun pergi, tkkn aku nk lpskan peluang lepak ngan mereka ni.
Mmg tidak laa kan!
Pasni memasing da nk jd isteri org (hikhikhik..) lg susah nk buat aktiviti mcm ni lagi.

Kan?! :)

Wednesday, August 10, 2011

...

Dah lama rasanya tak rasa dipeluk oleh mama
Dah lama rasanya tak menangis depan mama

Imah syg mama..
I truly do..

Cuma bila membesar, rasa tu tetap ada..
Tapi perlakuan tu mcm dah tak ada..

:'(
Tak tahu utk ke berapa kali.
Tak tahu sebab mengapa..
Tapi aku tetap :'(

Bila da jadi tunangan orang,
Mengharapkan diri ini lebih kuat.
Mengharapkan diri ini lebih mengutamakan orang tersayang
Mengharapkan diri ini menghormati orang lain
Mengharapkan diri ini tidak bercakap kasar
Mengharapkan diri ini tak membuat muka bila diminta tolong
Mengharapkan diri ini bersikap lebih matang

Dah 2 bulan, 2 minggu, 6 hari menjadi tunangan orang.
Apakah aku masih aku yg dulu?
Atau aku da berubah?
Berubah menjadi yg lebih baik?
Atau sebaliknya.

Ya Allah,
Tenangkan lah jiwa hamba-Mu ini.
Permudahkan lah segala urusan kami.

Aku ingin berubah..
Untuk menjadi lebih baik..
untuk diri ku, untuk bakal suami ku, untuk keluarga ku.

Tuesday, August 2, 2011

Good Luck..

I can't say it out loud..
No one knows..

The fact that he's not here because he need to be somewhere else which is more important.
Oh! Good luck to you!

Da settle semua balik cpt skit esok.
Dan jgn lupa singgah rumah. Craving for sata the moment kamu kata nk ke Terengganu.
Hehe ;p

Trus google image sata nk tnjk cane rupa bentuk sata.
Ini diaaaa!!!

uhh~ i really want dis. kat kl tk sama rasa mcm kat kemaman.
:)
 

Blog Template by YummyLolly.com