Tuesday, May 17, 2011

4 hari lagi.. InsyaAllah.

Dengan menangis, x mungkin akan selesaikan segala masalah.
Blame on pms bcoz of my period soon, juge tak akan selesaikan mslh..

Mandi, solat dan baca yasin.. terasa tenang di hati..
Lama rasanya tk membaca al-quran.
Terlalu mengejar duniawi kah aku ini?
Rindukan aku yang dahulu.. setiap malam akan membaca kitab Allah selepas solat maghrib.
Mana pergi aku yg dulu?

Terlalu fikirkan hal kehidupan, hal kerja,
sehingga mengabaikan tanggungjawab seorang muslimah yang sepatutnya.
Jujur, bekerja di syarikat bukan melayu, melihatkan mereka yang seagama mengabaikan solat, kadangkala diri sendiri turut terikut dan mengabaikan nya..
Nauzubillah..

Serabut..
Semakin hari semakin serabut.

Sendiri harus muhasabah diri.
25 tahun, bukan 2 atau 5 tahun.
Aku sepatutnya tahu membuat keputusan sendiri.
Bukan mengharapkan dr orang lain.

4 hari lagi, akan menjadi tunangan orang.
Alhamdulillah, di samping cacat cela dan kurangnya diri ini, ada yang masih menyayangi aku.

"Ya Allah,
Ampunilah dosa kami. Permudahkan lah urusan kami.
Berkatilah kehidupan kami. Murahkan lah rezeki kami.

Aku bersyukur padamu, dengan nikmat dan kehidupan yang aku miliki.
Cukup makan dan minum ku, cukup dengan kasih sayang keluarga dan dia,
Aku tidak meminta lebih ya Allah, hanya kalau benar dia diciptakan untuk ku, permudahkan dan percepatkan lah jodoh kami. Kalau bukan dia ditakdirkan untuk ku, jauhi lah dia dari ku, dan Kau bahagiakanlah kehidupan kami sebagaimana yang telah Kau telah tetapkan."

Abi,
Ayg betul sgt cintakan abi.
Terima kasih untuk selama ini dan untuk hari yang mendatang..

Imah,
Sila tenangkan diri. Jgn simpan dendam kepada org lain, jgn berasa penat kerana bersikap baik terhadap org lain.. Setiap apa yg terjadi ada hikmahnya..

Sunday, May 1, 2011

Same date eh?


Ahh.. I've been waiting to go to his wedding, tetibe clash tarikh pulak.
Anyway, wishing both of us heading to happier life dan diberkati-Nya, inshaAllah.
:)
 

Blog Template by YummyLolly.com