Tuesday, July 7, 2009

Lari dan Halau

Aku slalu pk
"knape kehidupan aku tak semudah dan segembira orang lain"

Tapi aku silap.

aku dibesarkan dalam keluarga yg boleh kata bahagia,
aku dibesarkan dalam keluarga yg elok pengajarannya,
aku dibesarkan dalam keluarga yg tidak porak peranda,

Oleh itu aku sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga ini.

Byk kes yg bole dgr skang.
remaja hilang.
hilang kerana di culik atau sbb lari dr rumah?

Tetibe terpk sesuatu "Antara lari dan halau"

Selalu berita ini hanya dpt dilihat dr tv takpun paper.
Oleh itu bila ada org mengadu yg dia lari dari rumah, tak tahu nak react camane yg sepatutnya.

Mungkin sbb aku lahir dlm kelompok keluarga yg alhamdulillah tak ada masalah besar spt ini, oleh itu rasa penyelesaian terbaik ialah pulang ke rumah.
*Ecewah! ayat poyo cam ngok je.

Sebab aku pk,
walau mcm mana pun, ibu bapa akan rsau sbb anak nya yang lari dari rumah.
Hanya kerana, dia dibuang skolah, taknak bgtau kat parents, sbb perasaan takut tu oleh itu die lari dr rumah. Ibu bapa rsau siap cari anak di setiap pelosok umah kwn kwn, tp tetap enggan pulang ke rumah. Macam mana nk handle dgn org sebegitu?

Itu namanya pemikiran org tak matang.
Orang yg tak reti nk selsaikan masalah.
Tapi hanya tau nk lari dr masalah.
Tapi penghujungnya, sama gak!
Ikutkan sgt perasaan tu tanpa memikir gune otak mana baik mana buruk.
Derhaka satu hal. Hidup tah kemana satu hal.

Tapi mcm mane kalau lain pulak ceritanya?

Dihalau dari rumah kerana kesilapan masa lepas.
Disaat dia tekad utk berubah, pada masa itulah ayhnye tk nmpk sume itu.
Disaat die perlukan sokongan dari keluarganya, pada masa itulah die di halau dr rumah.
Dan pd masa itu, dia akan rasa give up.
Apa perasaan bila nmpk satu bag da dicampak ke luar rumah dan beg tu penuh dg pakaian kita?
Ibu hanya boleh berdiam diri dgn sikap ayahnya.
Adik beradik tak bole nk buat apa.
Dari nk berubah ke arah kebaikan, takut akan bertukar ke arah yg lebih buruk.
Macam mane kalau itu yang terjadi?

Apa yang patut/bole dilakukan?
Hanya org yang mengalami faham situasi diri dia sendiri.

Aku?
Hanya org luar yg hanya bole mendgr luahan hati mereka.
Tapi aku turut rasa kesedihan mereka.
Sbb dpt rasa keikhlasan diorg lam bercerita.

Seperti dalam drama.
Tapi ini realiti.

Oh!
tetibe tingat kat alia.
kehidupan die pun cm lam drama.

Hurm hurm.

Oleh itu, aku sepatutnya bersyukur.
Hanya kerana masalah kecil yg dtg,
terus nk pk knape kehidupan rasa spt susah dan tk sng mcm org lain.

Lain orang, lain kehidupan, lain jalan ceritanya.

Iman kene kuat, baru bole hadapi semuanya.

Kenapa aku wat entri ni?
Aku pun tak tau.

0 comment(s).:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com