Monday, August 15, 2011

Berbuka Puasa bersama mereka!

Jumaat lepas, 12/8 p Cyberjaya.
Tetibe rindu pulak nk buka ngan geng mmu dulu.
Seperti biasa, bilik wawa la yang akan menjadi mangsa malam tu!

Gerak dr ofis da mula hujan rintik-rintik.
Tak sangka pulak hujan nk turun selebat-lebatnya.
Dah ler diri ini penakut nk drive waktu hujan.
Ini smpi tk nmpk jalan, mulut duk terkumat-kamit berzikir.
Duduk mmg tk sandar dah la.

Tapi akhirnya, smpi juga di kampus.
Tu pun bole sesat jugak lagi.
Tah bp lama study sn pun bole sesat gak.
HAHA!

Ptg p bazar ramadhan Putrajaya.
Konon-konon nk mengenang zaman belaja dulu la.
Hihi.. Tp dlm keadaan hujan, men sebat je beli apa.
Kesudahannya beli nasi ayam tak enak!

Oh!
Kami berbuka di Masjid Besi, Putrajaya.
Agak segan la jugak org lain dtg tgn kosong, kitorg bwk berplastik-plastik beg.
Tetibe ada makcik dr mana p teguq "Ni nak mkn kenduri ke buaka puasa ni?"
Oh mai.. makcik buat tak nmpk sudey..
Perlu ke tegur kami??
Dah ler segan org lain pakai baju kurung tudung labuh.
>.<"

Masjid tu cantik.
Open air, memandangkan tgh hujan mmg sejuk masa solat.
Terawih pun tenang tp sbb perut lps cibi jd tk bp nk tenang la kan. :(

Mekasih kat Mali sbb aplod pic di fesbuk.
^_^

Teringat sblm ni kalau mintak nk p cyber, mesti abah tk bagi.
Mesti abah bertukar suara.
Mcm kali ni pun, last minit tepon abh kata nk p jugak, sbb mngkn melalui phone kita tk nmpk muka abah so bole berkeras. Selalu klau minta izin sambil pndg muka abh mesti tk jd p.
Tp ptg tu hujan lebat gila, da pk dlm otak da ni klau jd ape-ape kat aku, mati dlm keadaan tk direstui abah ke.

Alhamdulillah tk jadi apa-apa.
Tp aku bersyukur gak, sbb berkeras nk p.

Kalau tak..
Bila lagi nk naik keta berhimpit 6 ketul.
Bila lagi nk p bazar ramadhan putrajaya 6 ketul.
Bila lagi nk p lepak mamak smpi tgh mlm 6 ketul.
Bila lagi nk sahur kat kampus mmu tu 6 ketul.
Bila lagi nk tdo berhimpit 6 ketul.

Mali yg da jadi isteri orang pun pergi, tkkn aku nk lpskan peluang lepak ngan mereka ni.
Mmg tidak laa kan!
Pasni memasing da nk jd isteri org (hikhikhik..) lg susah nk buat aktiviti mcm ni lagi.

Kan?! :)

Wednesday, August 10, 2011

...

Dah lama rasanya tak rasa dipeluk oleh mama
Dah lama rasanya tak menangis depan mama

Imah syg mama..
I truly do..

Cuma bila membesar, rasa tu tetap ada..
Tapi perlakuan tu mcm dah tak ada..

:'(
Tak tahu utk ke berapa kali.
Tak tahu sebab mengapa..
Tapi aku tetap :'(

Bila da jadi tunangan orang,
Mengharapkan diri ini lebih kuat.
Mengharapkan diri ini lebih mengutamakan orang tersayang
Mengharapkan diri ini menghormati orang lain
Mengharapkan diri ini tidak bercakap kasar
Mengharapkan diri ini tak membuat muka bila diminta tolong
Mengharapkan diri ini bersikap lebih matang

Dah 2 bulan, 2 minggu, 6 hari menjadi tunangan orang.
Apakah aku masih aku yg dulu?
Atau aku da berubah?
Berubah menjadi yg lebih baik?
Atau sebaliknya.

Ya Allah,
Tenangkan lah jiwa hamba-Mu ini.
Permudahkan lah segala urusan kami.

Aku ingin berubah..
Untuk menjadi lebih baik..
untuk diri ku, untuk bakal suami ku, untuk keluarga ku.

Tuesday, August 2, 2011

Good Luck..

I can't say it out loud..
No one knows..

The fact that he's not here because he need to be somewhere else which is more important.
Oh! Good luck to you!

Da settle semua balik cpt skit esok.
Dan jgn lupa singgah rumah. Craving for sata the moment kamu kata nk ke Terengganu.
Hehe ;p

Trus google image sata nk tnjk cane rupa bentuk sata.
Ini diaaaa!!!

uhh~ i really want dis. kat kl tk sama rasa mcm kat kemaman.
:)

Thursday, July 7, 2011

...

SERIOUS?!!

Aku tak tau da nk rasa apa sekarang.
Kenapa mudah utk org lain buat sesuka hati diorg?

Kenapa tak utk aku.
Imah itu.. Imah ini.. Adik itu.. Adik ini..
Aku buat.

A'a. Ye lah..
Aku yg menurut perintah.. Ikut je perintah sesape dlm rumah ni..

Dahtu, bila aku nk sesuatu x dpt pulak?
Tak adil. Gila, mmg tak adil.

Mmg smpi satu tahap aku penat jd baik.
Sbb bila nk melawan, tk smpi hati satu hal.
Pendam sengsorg satu hal.

Lama-lama bole jd gila.
Nk smpi penuh parut kat tgn kiri ni kot br aku boleh buat sesuka hati??
Nk aku mati baru korg menangis ke?
Ke aku ni mmg tak penting pun dlm hidup korg?

Mood tak elok.
Mengharapkan kegembiraan dr org lain pun tk dpt.

Lantak dah!!!

Saturday, July 2, 2011

Tak tahu..

Oh.. begini rasanya..

Ramai je da pesan sbnrnya, tp tk tahu begini serious.
Hati semua org kena fikir.
Nak ikut kehendak hati atau ikut kehendak mereka?

Pastu pening. Byk benda nk fikir.
Kekasih hati slalu pesan pk satu satu.

Tp bila da pk, mcm-mcm ada dlm otak ni ha.
Ni baru peringkat pertama.. belum mcm mcm hal lagi.

Ya Allah, tenangkan lah hati hamba-Mu ini.
Permudahkan lah urusan kami.
 

Blog Template by YummyLolly.com