Showing posts with label BABES. Show all posts
Showing posts with label BABES. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Berbuka Puasa bersama mereka!

Jumaat lepas, 12/8 p Cyberjaya.
Tetibe rindu pulak nk buka ngan geng mmu dulu.
Seperti biasa, bilik wawa la yang akan menjadi mangsa malam tu!

Gerak dr ofis da mula hujan rintik-rintik.
Tak sangka pulak hujan nk turun selebat-lebatnya.
Dah ler diri ini penakut nk drive waktu hujan.
Ini smpi tk nmpk jalan, mulut duk terkumat-kamit berzikir.
Duduk mmg tk sandar dah la.

Tapi akhirnya, smpi juga di kampus.
Tu pun bole sesat jugak lagi.
Tah bp lama study sn pun bole sesat gak.
HAHA!

Ptg p bazar ramadhan Putrajaya.
Konon-konon nk mengenang zaman belaja dulu la.
Hihi.. Tp dlm keadaan hujan, men sebat je beli apa.
Kesudahannya beli nasi ayam tak enak!

Oh!
Kami berbuka di Masjid Besi, Putrajaya.
Agak segan la jugak org lain dtg tgn kosong, kitorg bwk berplastik-plastik beg.
Tetibe ada makcik dr mana p teguq "Ni nak mkn kenduri ke buaka puasa ni?"
Oh mai.. makcik buat tak nmpk sudey..
Perlu ke tegur kami??
Dah ler segan org lain pakai baju kurung tudung labuh.
>.<"

Masjid tu cantik.
Open air, memandangkan tgh hujan mmg sejuk masa solat.
Terawih pun tenang tp sbb perut lps cibi jd tk bp nk tenang la kan. :(

Mekasih kat Mali sbb aplod pic di fesbuk.
^_^

Teringat sblm ni kalau mintak nk p cyber, mesti abah tk bagi.
Mesti abah bertukar suara.
Mcm kali ni pun, last minit tepon abh kata nk p jugak, sbb mngkn melalui phone kita tk nmpk muka abah so bole berkeras. Selalu klau minta izin sambil pndg muka abh mesti tk jd p.
Tp ptg tu hujan lebat gila, da pk dlm otak da ni klau jd ape-ape kat aku, mati dlm keadaan tk direstui abah ke.

Alhamdulillah tk jadi apa-apa.
Tp aku bersyukur gak, sbb berkeras nk p.

Kalau tak..
Bila lagi nk naik keta berhimpit 6 ketul.
Bila lagi nk p bazar ramadhan putrajaya 6 ketul.
Bila lagi nk p lepak mamak smpi tgh mlm 6 ketul.
Bila lagi nk sahur kat kampus mmu tu 6 ketul.
Bila lagi nk tdo berhimpit 6 ketul.

Mali yg da jadi isteri orang pun pergi, tkkn aku nk lpskan peluang lepak ngan mereka ni.
Mmg tidak laa kan!
Pasni memasing da nk jd isteri org (hikhikhik..) lg susah nk buat aktiviti mcm ni lagi.

Kan?! :)

Wednesday, October 27, 2010

kenapa??

Kenapa sejak dulu..

Masuk skola teknik sorg sorg, dak skolah lama sorg pun tkde
Masuk mmu sorg sorg, dak skolah teknik sorg pun tke
Da kuar mmu, masuk kerja.. kerja pun sorg sorg.
Padaha; kwn lain sume ramai geng kat tmpt kerja sama.

Apa aku ni mmg takdirnya nk suh cr kwn baru je ke?

Erh.

Sepatutnya lepak ngan mereka (mali, wawa, juju, pia n jeda) malam td.
Plannya tepat 5.30 nak cau.
Tetibe kene wat kerja. Jam 5 lak br bagi.

Da tanya ley wat esok tk.. tk bole. nk siapkan hari ni. mlm ni jugak.
Cam cilake. Ni wat aku lg bengang nk stay company ni lama-lama.

Juju da offer nk recommend kat tmpt kerja sm ngan dia - Cyberjaya.
Akan difikirkan. Tp shift.

Aaahhhhh~
X larat!!!!!!!

Bila penat + tak larat + mood bergelora = mula la otak berpk tang negatif je ni.
Haihhhhh...

Thursday, October 7, 2010

♥♥♥

Congratulations to my dearie friend,
Malia Akmal.

Oh, she looks so sweet, love, adorable ...
what else can i say?

Cant wait for your wedding day next March!
:)

Saturday, August 28, 2010

B.A.B.E.S

without Juju and Pia.

Berbuka dgn mereka hari.
Kenny Rogers yg enak.

Eh. patut snap gamba ayam la kan?
Danggg~



Jiji yang semakin gemu bersama jeda, wawa n mali.

Oh. Esok tu teman mali pergi cr veil.
Nak bertunang awal oktober ni.
Kahwin next year~

Cantik kan??

Tapi org tu tk bagi pakai veil nanti.
Ah. Suka hati lah!
Huh huh.

Monday, May 3, 2010

CONGRATS MALI!!!


Semalam dpt sms gembira dr Mali!
Waaaa...
Nak tunang/kawen da kwn aku sorg neh.

CONGRATS mali!!
Hepi utk ko.
Aku tau lama da ko tggu saat ni kan.
Hikhik.
Congrats utk peja juge!
I-Allah aku dtg majlis ko.

Pic was taken during celebrating mali's bday last month.
Si mali tgh tak sabo nk menyarungkan cincin da.
Cincin gergasi pia pun jadik la.
;p

Tuesday, April 6, 2010

Berbasikal

di Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam akhir bln mac lps.
Mmg tak prnh dibuat org, tgh hari baru nak berbasikal tgh panas terik.

Awal pagi breakfast di McD KL Sentral,
sementara tggu mali ngan jeda.
Terserempak pula freeze bersama haiwan kesayangan die.
Tatau apa nama. Tapi die kata haiwan nya tak sht, kene bwk jumpe vet.

Comel je haiwan die.
(Bunyi cm tkde perasaan je kan?)
><

Menanti giliran utk berbasikal dgn penuh kesabaran.

Wada.Miema.Pakcik.Zakie.Umi

Model Le Tour de Bukit Cerakah.

Perjalanan br bermula disini.

Juju si terorrist tak thn ngan kepanasan.

Muke hepi ke muke kepenatan?

Kami.

"Ok, mcm ni kisahnye..."

Terserlah kecacatan memasing.

Sesi kedua bermula.
Lps rehat di kedai fish therapy.

Musim bunga la skang.

Pic ni penuh ngan penceritaan.

:)

Mana nk dpt snowman tgh panas terik. Sini je yg ada.

Haiwan peliharaan org kedai yg jual air mangga.

Tamat da sesi berbasikal.

Mari pulang.

Masing² kelaparan.
Singgah di KFC mkn br pulang.

Asik wat aktiviti kuarkan duit je..
Srnk gak kdg-kdg wat aktiviti keluarkan peluh.
Hihi.


Tuesday, July 28, 2009

Oh hoi!

Juju oh Juju!
Selamat Hari Lahir!


ni lg seorang da meningkat tua.
:p

Monday, June 1, 2009

Hari-hari terakhir di MMU.

Macam tak percaya da abis blaja.
Macam tak percaya da 5 thn terperuk lam MMU.
Macam tak percaya tgh hari td ialah hari terakhir di MMU.

I-Allah.
kalau tk fail exam baru ni lah.
Cube tetibe fail satu paper, mati aku!
Haha.

Kluar je dr pintu MMU, ayat pertama mama
"5 tahun ek kat sini. masuk kosong balik pun kosong."

Erh.
Paham da aku kalau mama buat ayat cani.
"Taklah ma. Imah dpt kwn yg paling seronok kat sini.
Lagipun, masuk sini nk blaja. bukan cari boifren."

Haha.
Ayat takley blah.
Konon anak yg solehah.
Padahal... *ehem, ayat tak dpt disambung..*

5 tahun kat MMU.
enam nama nih mmg tkley lupe ah.
JIJI . JUJU . JAJA . LILI . WAWA . YAYA
plus lg sorg YANG!

Habiskan masa terkahir bersama mereka.
Lepak di karoke smpi 2 pagi.
Tgk midnite muvie utk kali kali terkahir.
Lepak mapley tgh mlm.
Pastu bole plk 4 thn kat cyber, baru sabtu lps nk jejak taman botani tu kan.
Pegi alamanda.
Tangkap gamba kat putrajaya tgh tgh mlm.
Sanggup balik lewat, semata-mata nk spend masa ngan mereka.
Aktiviti terakhir, lps tgk muvi kat alamanda mkn kat p9.
time ni lah tetibe mata pia berair. uhuk uhuk kat pia.
sekeras-keras hati pia, die lah org pertama yg berkaca-kaca mata mlm tuh.
pastu wawa plk.

time kat kaunter, nk bayar..
tetibe tgk kat meja, tanya mereka " ada ape ape yg tinggal tak?"

bole plk pia jwb, " ada. tinggal kenangan."

Pergh!
giller menusuk ke jiwa ayat tuh!
ngok nye pia.
tak tau ah mana dtg idea die nk g jwb cmtu.

dlm keta tetibe terckp,"pasni da takde da muke kita kat blog pia"
"sedey bodo" pia ckp.
pastu sume senyap.

Tgh ari td, kali terakhir berslm ngan mereka.
Da tekad tk mahu ngangis.
Tapi nangis juge. Laju je air mata ni kuar time peluk wawa, pastu jeda lak.

Korang.
Aku btol sayang korg.
Korg kwn aku yg paling cacat!
Paling tk ley blah, kat starbakri kita men truth or dare tp version truth je.
Nmpk sgt sume nk korek rahsia last last menet!
Haha.

Korang.
Jaga diri.
Ape ape kite ym je!
Haha.

Tipu ah kalau aku tk sedey time aku tulis ni kan.
Tapi nk wat cane.
Kehidupan proses pembelajaran da tamat.
Skang masuk phase baru. kerja pule!
Tamahuuuuu!!!!

muke tenuk 1

muke tenuk 2

seronok tgk muke mali sgr mengerjakan "umrah"

toilet alamanda pon bole!

nantikan kemunculan album terbaru kami!!
> < "

starbakri tmpt pertempuran TRUTH or dare!

P.U.T.R.A.J.A.Y.A

Sayang korang!
Jumpa lagi!

Saturday, March 21, 2009

HOT AIR BALLOON, 2009

Suruh buat FYP tak mahu.
Suruh bgn pagi jam 7 utk ke Putrajaya tgk belon laju je.
Itulah Jimah kawan korang.

Muahaha.
Tapi sronok Oh!
Bila lagi nk tgk belon udara panas di malaysia ni.
Bab bab cani mmg aku suke!
Wawa pun tahu.
Hikhik.

Seawal jam 7 pagi dikejut pia.
Belon punye psl laju je aku bangun.
Pegi 2 keta konvoi bersama pakcik, miema, mudi dan wada.
Kitorg g ngan keta juju. (Mekasih Juju. Muah muah utk ko)
Tgh jalan tetibe terserempak ngan umi pule.
berkonvoila kami 3 keta.

Muke wawa cm nk cari gado. wuwu~

Gadis-gadis iklan Nescafe.

Pia mencacat ape ntah. haha.

Muke malas layan dak due ketul tu dok nyanyi lagi
"cikenek cikenek".

The cutest of all.

Encik clown yg sedang bersedih.

Macam meriah je kan?
Hihi.

Balik singgah Mcd utk breakfast.
Kemudian pulang.
Time kasih kat kamera pia, pakcik, jeda dan juga wada.
Muahmuah utk korang.

Ah!!
Esok akan ke Gua Tempurung.
Harus tido awal!!
Selamat malam rakan-rakan sume.
Doa aku selamat pergi dan kembali.

Friday, March 13, 2009

P.E.L.A.N.G.I

Petang td pergi ke alamanda. (opps~ kantoi berjalan pule><")
Mali drive.
Biasa la kalau mali drive riuh sikit lam keta.
"Mung mung, sitbelt aku mung."
"Mung mung, tekankan lock keta mung."
"aihh keta ni, bahaya u drive mcm tu."
"Biasalah, i kan pemandu berhemah."

Ahaha.
Itula ayat die kalau die yg drive.
On the way pergi td hujan sgt lebat.
nak smpi alamanda da reda sikit.
Sekali ada pelangi.
cantik oh!!
suke suke! ^^
Pastu ayat yg biasa ckp kalau nmpk pelangi ialah
"haa.. jgn tunjuk pelangi tu. nanti tgn kudung!!"
LOL!

Pergi ke alamanda lagi kerana juju nk onl9 di starbakri.
kerana internet di mmu lembabun sedikit.
sambil berjalan mencari dress utk ke prom.
aicewah~

Tapi da berjalan merata masih tk jumpe dress yg sesuai.
Usaha usaha!
usaha tangga kejayaan!!

cari dress usaha ar sangat.
FYP plak cm kentut je.
Zzzz..

Sunday, February 15, 2009

JALAN JALAN

Assalamualaikum.

Jalan jalan lagi.
Hari ni ke area Sg wang pula.
Juju nak beli hp baru.

Hebat oh!!
Jeles ni!
Jeling-jeling kat expressMusic 5880 die.
touch screen oh!
walaupun saye punye touch juge tp dienye cm lg bes je.
Muahaha..

Pastu jalan ke Paviliion.
Ehem. ini kali pertama ke sana.
Selepas setahun die buke.
Tau tau je ada kek besar di hadapan pintu.

Mahu kek besar juge!!

Jalan jalan..
dan tangkap gamba!

dan lagi

dan lagi

dan lagi oh!

itulah orang sekarang buat.
oleh itu tk perlu rasa segan nk berhenti tgh jalan utk amik gambar.
kerana itu perkara biasa!

Malam tu ke alamanda.
Tengok midnite kisah pengembaraan Geng Upin dan Ipin.
Watak yg paling digemari ialah

Rajoooo!!!

die suke cakap

"Sappyy!! Gooo!!!"

haha.
Klaka gile nk mati cite nih.
Kesedihan kehilangan jam pun ilang masa tgk crite ni.

Oh!
Ckp psl jam!
Tak jumpe jam dimana!!!
Huwaaaa!!!!

Tapi katun ni serious lawak!
mmg patut di tgk.
dengan haiwan bernama Oppet yg comel tapi mak die yg mcm terlebih gagah itu =.=
tapi upin ngan ipin makin hitam.
serious sbb agak terganggu gak masa tgk tgk cite tu
dengan perubahan kulit kanak-kanak due ketul tu.

Tapi tak kisah!
Muvi ni bes!!
Pegi tengok!!!
Shuh shuh!!
 

Blog Template by YummyLolly.com