Showing posts with label Jalan-jalan cari pasal. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari pasal. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Happy weekend :)

Last week, mama abah ajak p kuantan.
Ada majlis aqiqah anak sedara mama.

Ada dua baby cukur jambul hari tu. Cute je buaian siap deco mcm tu.

Siap ada teddy bear kan. Comel!

Kwsn perumahan anak sedara mama seronok!
Jalan Indera Mahkota, Bukit Istana.
Rumah dia boleh thn besar, tp ms beli tk smpi harga rm200k pun 2 thn lps.
Cuba tgk klau beli thn ni bp dpt?
Hee..

Mama, imah & sedara mama.

Oh! Ada lagi satu benda baru yg nmpk hari tu.

Mobile kitchen / mobile catering

Is it a new thing or am i the only person who does not know this kind of catering exist?
Serious kagum! Sbb semua di situ situ.
Masak lauk, goreng ayam.. semua di situ.
1st time tgk catering masak kat lori cani.

Dan ptg tu bertolak ke Kemaman.
Harus lah ke Kemaman dah alang-alang trn Kuantan kan.
Pergi sana mncari suami. Hehee :)

Tido Home2 Hotel, Kemaman.
Previous name dia homestay hotel kemaman.
Tp mgkn sbb taraf dia bukan homestay jd kene tuka nama.

Dan esok, Ahad abi da kene kerja.
Tp before tu p breakfast kat Hai Peng Kopitiam.

Abi ♥ me :)

Dan pagi tu teman abi pi Niosh ambil kad OGSP dia.
Pastu abi tnjk, dia da dpt uniform.
Tadaa~!!

Bila turn kita plak nk p keje sana?
tempat seorang isteri sepatutnya berada di sisi suami nya.
:(

Tapi, bila fikir balik, byk kebetulan yg berlaku.
Terima kasih ya Allah.
terima kasih mama abah.
Sbb ada je sebab kenapa perlu ke terengganu.
Hari tu cousin kahwin.
Ni ada aqiqah.
Hee..

Next week, abi pula balik KL.
Tak saba! :)

Friday, July 23, 2010

Lepak lepak

with Kin and kak Su at ts balik kerja td.
Lgpun kak su nk cari sandal.

Huh huh!
Jeles!
Mood ke Krabi diorg semakin menjadi-jadi.
Sume kat ofis tgh counting days to Krabi this friday.

Aku??
Malas kerja gak.
Da apply AL wpun dikira unpaid.
Bos kata okeh!
Ho yeah!!
Ne aci sume gi krabi tggl tk smpi 10 org kat ofis tu.

Tak mahu tak mahu..
Hehe..

Saje duk minum kat Starbucks.
Dekat sethn gak tk gi.
Last pergi ms kat mmu.
Lamaaaaa...

Finally, dpt minum Mango Passion Frappucino kesukaan.
Tp sume kata tk sedap.
Sedap ahhhhhhhh!!!!

Me and Kin.

Saturday, September 26, 2009

Satu hari lewat petang..

di Penang.
Raya ke-dua.

Satu keluarga sedang bosan.

Abahnya yang memahami anaknya kebosanan
pun ajak dia berjalan-jalan.

dan menuju ke satu tmpt yang indah.
Pantai seblah highway nk ke pulau.

Ramai betol org merendek kat situ.
Time hari raya nk berdua dpn pantai watpe.
gi ah beraya. dpt gak duit raya!

Ada satu couple..

ingin memeterai janji kasih sekali lagi di dpn pantai tersebut.
*cewah! aku google ayat neh!

Anak bongsunya yang comel itu nk join tngkp gamba bersama.
Akan tetapi telah ditolak oleh si abahnya.

Sedih.
Anak bongsunya membawa diri.

Tp, setelah melihat betapa kasih dan sayangnya antara
mama dan abahnya itu

anak-anak mereka turut merasa bahagia.

dan melompat kegirangan!

Tamat sudah kisah satu lewat petang di hari raya!


Lokasi: Highway otw ke Feri.
Gambar: bersih dan tak di-edit.
Penceritaan: Rekaan semata-mata.


Friday, July 10, 2009

SEHARIAN

Jam 5 an da nyibuk call.
Jam 6 abah lak kejut suh bgn.

Pepagi buta da menapak lam lrt ngan kak ikin nk gi cyber.
Elok kol 9 smpi tros setelkan hal.
Tak smpi kol 10 lebih da siap da.

Sbb tak tau nk buat apa..
teros menuju ke Pavillion.

Hari ni utk pertama kali nonton wayang seorang diri di dalam hall yg agak tak besar.
Kak ikin ngan kwn die tgk cite Ice Age 3.

aku tgk..


PUBLIC ENEMIES!!
Sekali lagi jatuh chenta ngan johnny depp.
Cite yg menarik tp ada sikit kene potong sbb terlebey ganas dan ehem ehem.
John Dillinger watak aktor kacak joni dep.
Robber bank yg seksi auww auww~
Eh joni dep okeh. bukan perompak sebenar tu.
Dia sgt pentingkan kwn die.
The value of true friendship and love yg ada kat dia tersangatlah infinite dan priceless.
Ecece.

Gediks!

Petang tu jln jln ngan mama skali.
Beli tudung ngan baju konvo.
Eh kwn kwn, baju konvo ai kaler itam. sekseh~!!
Nak maghrib tu abah lak join
Pusing sogo, mkn yadda yadda..

Smpi umah dekat kol 10 lebey..

Seharian..

Sampai terlupe smlm bday yayang!!
Wuaa!!
Sori yang!

"Hepi belated bday to dayam ku!"
Muahmuah! syg ko!!

Sunday, March 22, 2009

GUA TEMPURUNG, PERAK

"I want nobody, nobody but u!
I want nobody, nobody but u!.
(ntah apa lirik aku dah tak tau!)"

Buka mata.
Cari henfon.
Jumpa.
Tutup alarm.
Tengok jam.
6.30 baru.
Tutup mata semula.
Kembali ke alam tido.

Eh!
Arini aku akan ke Gua Tempurong.
Mati!!
Tetibe terkejut sorg-sorg.
Dekat kol 7 dah!
Mandi pun belom.
Padahal kene berkumpul dpn stad jam 7.
kejut mudi, tk buka pintu.

Last-last, dekat 7.30 baru kitorg muncul depan stad tu.
Sib baik bas belum bertolak.

Muahaha.

Pagi dimana jimah dan mudi masih tak smpi di depan stad.

Phew! Lega tak kena tggl ngan bas.

Dalam jam 11 pagi lebih baru sampai.
Agak lewat sbnrnya.
Oleh itu, smpi saje terus gi beli tiket masuk gua.
Makan pun tidak.
Sib baik tadi ada berhenti utk breakfast di Rawang.

Pengalaman yg mungkin tak dpt dimana-mana.
Mungkin sebab ni kali pertama jiji masuk ke gua.

Memule masuk je da kene langkah besi utk trn ke sungai kecil lam gua tu.
Air deras!!
Walaupun cetek tapi deras!!
Baca bismillah byk kali.
Sib baik diorg da pesan bawa torch light.
Memang sgt gelap lah dlm tu.
Baru jalan bape minit, batu kecil penuh dah dlm kasut.
Sakit tak sakit gak la jalan ngan batu kecil lam stokin dan kasut.

Redah gua.
Ada tu siap kene meniarap sbb laluan nya sempit.
Yang paling best bila kene slide.
Tetibe ada pulak gelongsor lam gua tu.
Jeda kata tetibe rasa berdebar cam naik boomerang kat bukit merah.

Ah!
Tak sama.
Itu kira selamat gak.
Ini ngan takde tali.
Kalau jatuh, jatuh lam gua kot.
Dahla cm tinggi gak.
Gerun juge la memule nk buat.
Pakcik tu siap kata- kalau sorg taknak buat, sume tak payah buat.
Tgk pakcik tu cm lek je slide.
Org lain pun ok.
Redah je la.

Pastu.
Masuk lubang. Keluar lubang.

Bukti masuk lubang. Muahaha.

Ngan sejuk dan sakit di kaki.
Dua jam dalam gua, tour guide tu kata perjalan tak sampai separuh pun lagi.
Giller ah!
Tapi lam gua smpt gak snap pic.
Mekasey kat kamera jeda.
Hihi.

Terserlah kehodohan disitu.

Ini ialah stalagtit. eh ke stalagmit?
eh btol ke ejaan tu?
(terserlah kebodohan di situ)

Gamba yg kabur.

Bila gamba cantik, aku plk tak pandang.
Zzzz..

kasi close up skit.

Pastu jalan lagi.
Yeah.
Da jumpa matahari.
Lihat lihat.
Berehat sebentar.
Asal berhenti je sume buka kasut buang pasir dan batu kecil.

Apa yang penting??
K E R J A S A M A

Tak habis lagi.
Patah balik jalan tadi.
Skarang akan lalu anak tangga tak terbilang jumlahnya.
Sekali nmpk haiwan kecil ini.
Tak tahu hidup atau mati.

Nama dia KELAWAR. kan kan?

Ni jimah mencacat lam kegelapan.
Hasilnya ialah: GAMBAR YG HODOH
Muahaha.

Kemudian, naik ke tmpt top of the world.
Sebenarnya bukan world.
Tapi puncak gua tempurung tu.
Sape yg tggi terlebih tu bole la cecah pakai tangan.
Orang yg pendek seperti jiji ni harapanla kalau nk cecah.

Dah smpi puncak mestila kene trn balik.
Ya Allah, time ni serius mcm nk patah kaki.
Tapi berkat kesabaran, akhirnya...


Muke jeda paling bahagia.
Sebab tak saba nak makan.
Lapa oh!

Si kecil itu adik mudi.

Masing-masing bahagia da lepas kluar dr gua tu.
Selesai mandi dan makan, sesi tngkp gamba kali terakhir.

Bye-bye Gua Tempurung.
Jumpa lagi.

Yay!!
Pulang!!!

Balik tak larat.
Bangun pagi tadi jalan da mengangkang.
Balik rumah, turun naik tangga da mcm mak nenek.
Gila sengal satu badan.
Tapi tak apa, bila lagi nk masuk gua gua mcm ni.
Hehe.
Seronok!

Dibawah ialah gambar tanpa org.
Keindahan alam dalam gua.

Yang aku tak paham, ad gak orang nk conteng cmni lam gua.
Ni tahun bilanya ntah.
100 tahun lagi leh jadi sejarah la ni?

Bunga cantik ni di luar gua.

Itu saja.
Byk tol gamba lam entri ni.
Sakit bontot duk dpn pc lama lama.
Wuaaaaa..~

Wednesday, March 11, 2009

BERSAWANG

Macam tak biasa je blog ni bersawang.
Hihi.
Bukan ada org nk baca pun.
><"

Seminggu dua gila berjalan.
Setiap malam keluar. (neh kaklong, kalau bace senyap senyap sudey. hehe =p)

Lepak starbakri alamanda.
Dengan alasan juju nk online.

kemetot gile gamba ni.
Zzz..

Pastu ada bday pakcik tua.
Kek yg mudi buat enak!!
Hebat oh!

Nama dia Tiramisu Chocolate.
Nak recipe gi blog pia.

Selamat hari jadi pakcik tua!

Keesokan ke alamanda lagi.
Dengan tujuan karoke pule.

Kemudian makan makan.
Pergi secreto recipe.


Lepak old town.
Makan padi.

Pergi SS2 murni utk pertama kalinya.



Cari ram utk laptop mali.
Pergi lowyat.
Jalan jalan ke BB pule.

Pergi Jalan TAR.
Shopping tudung menggila.

beg kat pia tu penuh ngan tudung-tudung yg juga
dipesan oleh mereka yg tak mahu ikut sama.

Menunggu lrt utk pulang.

Petang tu gak Cari dress.
Pergi OU.

HOI!!
ingat kaya sgt ke nk jalan je keje.
Zzzz..

Berjalan dengan harapan keserabutan di otak dpt hilang.
Tapi hasilnya same saje.
Hurm hurm.
Tak bole tk amik tahu.
Oleh itu kene amik tahu.
Tapi lepas amik tahu, tak tahu apa nk buat.
Hurm. tahu tak?
Tak tahu kan?
Apakah???!!!

aa.. ni nk post gambar yg tidak tidak je.
apa fungsi tngkp gamba pun tak tahu.
haha.

Di tgh kota kuala lumpur,
kaki pia nk mencacat. dan paklah korek idung. opps~

iss mencacat apa ntah dia.

ehem ehem.
zaki ko da kenapa menyenget kat wada tu?
tawu r date ko utk prom nanti.
ish ish.

mudi oh mudi.

sume terkejut ngan kegelojohan pakcik.
haha.

muke telor jiji yg hodoh ngan juju mencacat.

igt ko comel ke buat cmtu. ha jiji?

lagi sekali.
igt ko comel ke buat cmtu. ha jiji?

Minggu yg seronok.
Dan menghabiskan duit.
Aish.
Cukup cukup!!
Setakat itu saja.

 

Blog Template by YummyLolly.com